Bagaimana caranya untuk memesan tudung bawal Minaz atau lain-lain produk?

Mudah sahaja. Klik pada “SHOP” dan pilih design tudung atau lain-lain produk yang anda inginkan. Anda juga boleh membeli beberapa design sekaligus. Selepas selesai memilih, click pada “CHECKOUT” dan lakukan bayaran. Bayaran boleh dilakukan menggunakan kaedah online transfer melalui Billplz. Anda tidak perlu keluar daripada website untuk membuka Online Banking. Anda akan dibawa ke Online Banking secara automatik apabila anda menekan butang “Pay with Billplz”. Kemudian anda hanya perlu pilih Bank anda dan Login seperti biasa serta buat pembayaran dengan segera.

Bagaimana caranya penghantaran barang pesanan? Bagaimana pula jika ingin hantar ke alamat yang berbeza dengan alamat billing?

Tiada masalah. Untuk pemprosesan bayaran, anda perlu masukkan billing address anda ketika “Checkout”. Tudung Minaz Hijab boleh di hantar ke alamat billing anda. Tetapi jika anda ingin penghantaran dilakukan ke alamat yang berbeza, anda boleh klik pada “Ship to a different address?” dan tambahkan alamat penghantaran di situ. Contoh seperti imej di bawah sebelum melakukan pembayaran.

Selepas melakukan pesanan, bilakah saya akan terima barang?

Pesanan anda akan di proses pada hari yang sama SETIAP HARI. Untuk pengetahuan anda, kami beroperasi 7 hari seminggu sepanjang tahun. Kami hanya bercuti (tidak beroperasi) pada hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Berikut adalah prosedur bagaimana kami memproses pesanan anda.

Order dan Bayaran penuh dibuat pada:

1- Sebelum Jam 3 petang: Pesanan akan DIPROSES dan DIPOS pada hari yang sama

2- Selepas Jam 3 petang: Pesanan akan diproses pada hari yang sama TETAPI akan dipos pada hari berikutnya

 Namun, sila jangkakan penghantaran akan mengambil masa 2-3 hari bekerja (J&T Express)

Bolehkah saya ingin sertakan kad ucapan Birthday, Anniversary atau lain-lain bagi tujuan memberi hadiah?

Semestinya boleh. Semasa di bahagian “Checkout” iaitu sebelum membuat bayaran, terdapat satu ruangan Order Notes (Optional) di bawah . Sila tulis Ucapan dengan lengkap. kami hanya akan tulis 100% mengikut ucapan anda tanpa sebarang penambahan daripada pihak kami. Sila lihat panduan di bawah

Untitled design (5)

Jika setelah membeli dan menerima produk tetapi terdapat kecacatan atau kerosakan, bolehkah saya menukarkannya?

Ya, perniagaan kami adalah telus. Kami memberikan satisfaction guarantee. Jika anda telah menerima produk yang dipesan dan ianya tidak seperti yang diinginkan atas sebab ada kecacatan, kami akan menukarkannya dengan produk dan design yang sama. Anda hanya perlu menghantar semula produk yang diterima kepada kami bersama bukti bayaran anda dalam masa 7 hari selepas belian.

Apakah ciri-ciri tudung bawal Minaz Hijab?

Tudung bawal Minaz Hijab diperbuat daripada Classic Cotton Voile. Material ini jarang digunakan oleh jenama-jenama lain kerana ia berkualiti tinggi dan semestinya agak mahal berbanding cotton biasa. Tetapi harga Minaz Hijab sangat mampu milik iaitu berharga RM29 sahaja. Ianya sangat lembut, ringan dan sejuk dipakai walaupun ketika cuaca panas terik. Dihasilkan dengan bidang 45 dengan corak bunga-bungaan. Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman yang tidak gembira apabila memakai tudung daripada material Cotton, dengan bawal Minaz Hijab pengalaman anda pasti berbeza

Adakah warna tudung Bawal Minaz Hijab ini mudah pudar?

Tidak dengan penggunaan yang biasa. Percetakkan yang digunakan adalah yang berkualiti tinggi dan finishing heat press digunakan untuk memastikan printing design dan warna adalah yang terbaik serta tidak pudar. Namun, pengguna juga perlu menjaganya dan tidak mendedahkan tudung Bawal Minaz Hijab pada matahari yang sangat terik untuk jangka masa yang sangat lama. Apa sahaja material akan mengalami kerosakan jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik untuk jangka masa yang lama. Elakkan juga mencuci tudung Bawal Minaz Hijab menggunakan cecair atau serbuk peluntur serta elakkan penggunaan mesin pengering pakaian (dryer)

Jika saya mempunyai soalan tambahan, bagaimana caranya untuk hubungi pihak Bawallovers.com?

Anda boleh hubungi kami melalui telefon 04-5767629 (waktu pejabat), atau Whatsapp di 014-6008020 bercakap dengan Pn Nani