pengambilan agent dan dropship minaz hijab

Cara Daftar Pelanggan dan Agent/Dropship

Terdapat 2 kategori iaitu Customer (Pelanggan) dan juga Agent/Dropship (Business to Business atau B2B)

* Customer - Pilih "Individual Customer" di ruangan "User Type". Pendaftaran adalah percuma

* Agent atau Dropship - Pilih B2B (requires approval) di bahagian "User Type". Kemudian lengkapkan semua ruangan yang berkenaan.

** Yuran pendaftaran (commitment fee) berbeza mengikut kategori Agent (scroll ke bahagian paling bawah). Permohonan hanya akan diluluskan setelah bayaran yuran diterima. Sila Whatsapp Admin 011-2050 9700

Register


Supported file types: jpg, jpeg, png, txt, pdf, doc, docx

Malaysia

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

1- Nak jadi Agent/Dropship tapi takda masa nak chit chat pasal stok dengan Leader?
2- Dah jadi Agent tak tahu cara nak buat sales untuk habiskan stok?
3- Dah masuk 3 bulan jadi Agent/Dropship tapi masih tak tahu cara nak susun perancangan bisnes?
4- Mencari Leader yang mempunyai visi & misi serta pengalaman membimbing Agent/Dropship?
5- Sampai bila asyik nak jual produk viral yang dah berpuluh ribu agent kemudian mengeluh pasal masalah buang harga?

Masalah-masalah utama yang dihadapi kebanyakan Agent & Dropship di Malaysia:

1. Proses Order yang Rumit

1. Nak jadi Agent tapi tak suka order melalui Whatsapp. Lambat nak tunggu Leader/Stokis reply ada stok atau tak. tu belum nak order lagi. dua kali lambat

2. Masa kita tengah bersemangat layan customer sampai tengah malam, nak check stok kat Leader/Stokis pulak susah sebab Leader dah tidur. Tak berani nak close sales lagi sebab takut stok yang customer minta tu Sold Out. Esok pagi bila Leader dah respond, customer pulak cakap dah beli kat Agent lain semalam

3. Pernah jugak beberapa kali Leader/Stokis tercicir atau terlepas pandang Whatsapp order Agent/Dropship. Sudahnya Agent/Dropship yang kena marah dengan customer sebab servis lambat. Customer bagi review/rating teruk. Agent/Dropship mula rasa nak give up

4. Stokis/Leader pun manusia biasa juga, bukan 24 jam kerja kena hadap Whatsapp. kadang-kadang waktu siang pun Leader ada hal lain jugak. nak ambik anak balik sekolah, keluar makan, keluar COD barang dan banyak lagi. jadi bukan setakat malam saja susah nak check stok dan order. Siang hari pun sama susah jugak

5. Lagi parah bila jadi kes masa check stok, Leader kata masih available. Tapi lepas dah deal dengan customer, stok habis pulak. padahal customer dah siap payment

2. Tak Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Lepas Dah Register

1. Ramai Agent dan Dropship terus rasa nak give-up sebaik saja daftar disebabkan keliru dengan sistem pengurusan leader yang tak sistematik. Bila tanya leader, leader cuma cakap cari je semua maklumat ada dalam group Whatsapp atau Telegram. Ada beribu conversation dan info dalam tu. Silap-silap nak cari benda lain tapi jumpa benda lain

2. Ada yang dah register sebulan dah tapi tak pernah buat order dan atau promote disebabkan tak tahu macam mana nak mula. tak ada maklumat yang jelas mengenai SOP order, bahan marketing dan kelas bimbingan

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH DI ATAS, ANDA PERLU SERTAI TEAM KAMI

Kenapa perlu sertai Team kami?

1. Cara order Team Kami adalah melalui Sistem (Website)

1. Order menggunakan WEBSITE sangat mudah, sistematik dan sangat PANTAS

2. Boleh check stok dan order 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kalau ada customer tanya, terus boleh check stok di website dan CLOSE SALES ON THE SPOT. Walaupun pada tengah malam

3. Sistem kami sangat mesra pengguna dan sangat memudahkan. Agent/Dropship boleh check stok dan order menggunakan Handphone, Tablet, PC atau Laptop

4. Kami beroperasi setiap hari TANPA CUTI. Dalam setahun kami hanya bercuti pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja. Jadi order Agent/Dropship akan diproses dengan segera

Untitled design (9)

Ini adalah Rekod Jualan untuk TEAM AGENT & DROPSHIP sahaja sepanjang tahun 2021 untuk salah satu brand Tudung terkenal negara

Jumlah Ini belum termasuk JUALAN secara retail

SETIAP HARI PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT. SIAPA YANG TERPANTAS, DIALAH YANG MENGUASAI PASARAN

2. Bisnes Coaching untuk Melahirkan Usahawan dengan Growth Mindset

1. Kami & HQ MINAZ sentiasa menyediakan kelas/coaching secara Online untuk pastikan Agent/Dropship dilengkapi dengan ilmu-ilmu semasa perniagaan

2. Kami sentiasa melabur untuk ILMU kerana dunia perniagaan masa kini sudah berubah dan akan sentiasa berubah. Kita tidak bergantung kepada nasib TETAPI kita mencorakkan nasib dengan menyusun strategi

3. Sesetengah Agent tak tahu potensi dan bakat berbisnes yang ada dalam diri. Jadi tugas Leader adalah untuk guide Agent/Dropship

PENCAPAIAN STOKIS MINAZ HIJAB KEDAH (TEAM KING MINAZ)

JUMLAH KESELURUHAN

Walaupun kami bermula dengan hanya 1000 helai tudung untuk 1 koleksi, dengan formula dan teknik yang sesuai dah menampakkan hasil sehingga mencecah hampir 35 RIBU HELAI TUDUNG setiap koleksi

BISNES BUKAN SEKADAR BERKENAAN SALES & MARKETING SAJA

BUKAN SEKADAR PANDAI COPY PASTE KATA-KATA MOTIVASI SETIAP HARI

BUKAN SEKADAR OOTD TUDUNG HARI-HARI

tapi meliputi semua aspek termasuk KEWANGAN, PENGURUSAN dan lain-lain lagi

SEMUA KAMI AKAN SHARE DENGAN TEAM MELALUI KELAS-KELAS SHARING/COACHING. ASALKAN NAK BELAJAR

Ini adalah beberapa contoh sharing session Mader Leeyani Zaki sebagai Speaker jemputan dalam beberapa program Business Coaching dan juga Agensi Kerajaan

Tugas kami adalah bagi panduan & gilap potensi Agent-agent kami

1
Untitled design (11)
Untitled design (12)

Ahmad Amar Mohd Rosidi
Stokis Minaz Hijab

Mader Leeyani Zaki
Usahawan & Partner

Ramai Agent & Dropship sebenarnya susah nak buat Jualan dan berkembang dalam bisnes disebabkan tak tahu apa dan cara yang sepatutnya nak bertindak

Kami memulakan perniagaan pada 2015 dengan modal yang amat kecil dan terhad. Mula berniaga sebagai Dropship yang jualan tidak menentu. Kemudian berniaga Perfume secara kecil-kecilan dan mula masuk dalam industri Fashion wanita pada 2016

Kami mula fokus dalam sistem Agent pada awal tahun 2019. Lepas dah dapat rentak dan formula , terus upgrade level Agent yang lebih tinggi. Berjaya jadi Top Performer salah satu jenama tudung terkenal negara dan masih mengekalkan kedudukan hingga kini (Mac 2022)

Bulan Ogos 2021 diberi peluang menjadi Stokis Minaz Hijab dan kini sedang membangunkan team Minaz Hijab berpandukan pengalaman dan ilmu yang kami dapat daripada Program Mentorship "The Protege" Hasbul Brothers

Dan Alhamdulillah setakat Oktober 2022, team Stokis Minaz Hijab Kedah merupakan TOP 3 Stokis Minaz Hijab dengan jualan melebihi RM3 Juta sepanjang setahun mendaki daripada bawah. Kami juga mensasarkan jualan sebanyak RM8 juta untuk tahun 2023. Jadi kami akan lebih all out dalam membuat kelas sharing ilmu bisnes disebabkan kami sedar yang agent dan dropship hanya akan berkembang dengan ILMU

Disebabkan kami juga bermula daripada bawah, kami tahu apa keperluan Agent-agent yang baru hendak bermula

Kami juga telah melalui proses demi proses sama seperti anda. Jadi kami nak ajar teknik-teknik yang jarang orang nak share

STRUKTUR AGENT MINAZ HIJAB

Senior Master Agent

- Boleh rekrut Master Agent, Agent Platinum, Agent Gold dan Dropship
- Harga 1 kodi (20pcs) adalah RM300 bersamaan RM15 sehelai
- Keuntungan jualan retail adalah RM14 sehelai
- Minimum Order Quantity (MOQ) 100 kodi
- Sesuai untuk individu yang mempunyai modal tinggi ATAU team yang ramai (sekurangnya 8 orang Agent Platinum)

Ini adalah satu cadangan cara:

Seorang Agent Platinum MOQ 8 Kodi
8 Orang Agent Platinum X 8 Kodi = 80 Kodi

Baki lagi 20 Kodi boleh dibahagikan antara Agent Gold, Dropship dan Jualan retail

Master Agent

- Boleh rekrut Agent Platinum, Agent Gold dan Dropship
- Harga 1 kodi (20pcs) adalah RM320 bersamaan RM16 sehelai
- Keuntungan jualan retail adalah RM16 sehelai
- Minimum Order Quantity (MOQ) 30 kodi
- Sesuai untuk individu yang mempunyai modal tinggi ATAU team yang ramai (sekurangnya 2 orang Agent Platinum)

Ini adalah satu cadangan cara:

Seorang Agent Platinum MOQ 7 Kodi
2 Orang Agent Platinum X 7 Kodi = 14 Kodi

Baki lagi 16 Kodi boleh dibahagikan antara Agent Gold, Dropship dan Jualan retail

Platinum Agent

- Boleh rekrut Agent Agent Gold dan Dropship
- Harga 1 kodi (20pcs) adalah RM340 bersamaan RM1 sehelai
- Keuntungan jualan retail adalah RM12 sehelai
- Minimum Order Quantity (MOQ) 7 Kodi (140 helai)
- Sesuai untuk Agent yang sudah ada Team (2-3 orang Agent Gold), yang power buat Online (Shopee) dan juga jumlah customer yang Walk in di kedai sangat ramai (jika buat retail)
- Yuran Agent Platinum RM50 sekali seumur hidup


Cadangan:

Seorang Agent Gold MOQ 2 kodi
2 orang Agent Gold X 2 kodi = 4 Kodi (80 pcs)
Dropship = 2 kodi (40 pcs)
Retail = 1 kodi (20 pcs)

Gold Agent

- Boleh rekrut Dropship & buat jualan retail
- Harga 1 kodi (20pcs) adalah RM380 bersamaan RM19 sehelai
- Keuntungan jualan retail adalah RM10 sehelai
- Minimum Order Quantity (MOQ) 2 Kodi (40 helai)
- Sesuai untuk Agent yang baru nak bermula berniaga atau yang mempunyai kedai/butik
- Yuran Agent Gold RM30 sekali seumur hidup

Dropship

- Promote tudung tanpa perlu simpan dan pos stok
- Harga RM24 sehelai
- Keuntungan jualan retail adalah RM5 sehelai
- Sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba berniaga atau yang biasanya menjadi rujukan rakan-rakan sekerja berkaitan fesyen
- Yuran Dropship RM20 sekali seumur hidup

Prosedur atau langkah-langkah:

1. Promote produk secara Online atau Offline
2. Terima order daripada pelanggan beserta bayaran penuh (termasuk kos Postage)
3. Login ke akaun Drosphip anda dalam website dan buat order beserta payment penuh
4. Jika pelanggan tinggal di alamat lain, masukkan alamat penerima di bahagian Shipping address
5. Kami akan terus pos tudung secara terus ke alamat pelanggan